Kisah pelik mayat gemuk dan mayat kurus
Penulis paparkan kisah dua mayat yang diceritakan oleh Ustaz Haron Ibrahim berdasarkan pengalamannya. Ambillah iktibar daripada kisah ini. Ada dua kisah yang ingin saya ceritakan di sini tapi kedua-duanya mempunyai kaitan antara satu sama lain. Pertama, kisah mayat orang gemuk tetapi jenazahnya terlalu ringan dan kedua, mayat orang kurus tetapi jenazahnya terlalu berat.
Peristiwa pertama berlaku kira-kira 12 atau 13 tahun yang lalu masa saya baru beberapa tahun bekerja dengan Pejabat Agama Islam Klang. Allahyarham yang saya uruskan itu masa hidupnya berpenyakit mental. Usianya dalam 30-an dan tingginya lebih kurang macam saya. Badannya pula tegap dan gemuk. jadi kalau hendak dikira pada akal, mayatnya nanti tentulah berat. Macam biasa, apabila diberitahu ada mayat tak berwaris di Hospital Klang saya pun pergi ke sana dengan beberapa orang pembantu untuk menguruskannya. Apabila sampai di hospital, saya terus pergi ke bilik mayat dan ambil mayat berkenaan.
Kasihan, Allahyarham yang hendak saya uruskan itu meninggal dunia akibat digilis kereta api. Apabila dibuka kain yang menutup tubuh Allahyarham, saya tengok keadaannya amat memilukan. Tubuhnya penuh dengan luka-luka dan kesan jahitan. Ada beberapa bahagian badannya juga putus-putus tapi doktor telah sambungkan semula. Memang dahsyat kecederaan yang dialaminya.
Semasa mandi dan kapankan tidak ada sebarang keanehan berlaku. Tapi Allah itu Maha Besar. Bermula kita angkat jenazah dengan pengusung dari kereta jenazah ke kuburnya hinggalah ke saat dia dimasukkan ke liang lahad, berlakulah beberapa kejadian yang amat menginsafkan. Jarak dari kereta jenazah ke kubur Allahyarham lebih kurang 30 meter. Bila sampai ke kawasan perkuburan, kami angkat keranda Allahyarham ini menuju ke kuburnya yang telah kami siapkan. Saya angkat di bahagian belakang.
Bermula di sini, peistiwa pertama berlaku. Maha Suci Allah, tiba-tiba saya dapati jenazah yang bertubuh gemuk itu menjadi amat ringan. Kenapa ni? tanya saya di dalam hati. Saya ingatkan kami angkat tak betul, tak serentak, jadi saya cepat-cepat beritahu tiga lagi kawan saya itu supaya angkat betul-betul. Saya kata pada mereka, "Angkat...peganglah betul-betul, nanti jatuh mayat ni. Ringan sangat ni...peganglah." "Yalah ustaz, kami angkatlah ni," kata salah seorang daripada mereka.
Rupanya saya tersalah sangka. Sebenarnya bukan kami yang tersilap angkat, tapi itu adalah petunjuk kebesaran Allah. Yang ada di depan kami ketika itu adalah salah satu tanda kebesaran-Nya. Sepanjang 30 meter mengangkat jenazah itu dari kereta mayat ke kuburnya tugas itu terasa amat mudah dan menyeronokkan. jenazah itu kami rasakan terlalu ringan. Ringannya itu ibarat daun kering yang diletakkan di atas bahu.
Tak rasa apa-apa pun, bahkan saya rasa macam ada orang lain yang turut sama bantu mengangkat mayat itu, sokong ia daripada bawah. Mayat itu seolah-olah diapungkan. Bukan saya saja yang dapat rasakan kemuliaan yang Allah berikan kepada Allahyarham itu, malah kawan-kawan yang lain pun turut dapat merasakannya. Insan yang baik akan sentiasa dilindungi dan dirahmatkan Allah. Apabila sampai ke kubur, berlaku satu lagi kejadian aneh, yang amat menyentuh perasaan saya.
Mula-mula itu kawan saya, Pak Anjang Aki, berada di dalam kubur sementara saya di atas. Sedang saya sibuk buat kerja di atas kubur, tiba-tiba Pak Anjang Aki memanggil saya, "Haron! Turun cepat Ron." "Kenapa pula?" kata saya terkejut. "Wangilah kubur ni. Kalau engkau nak kebumikan aku sekali dengan mayat ni pun tak apa. Aku tak mahu naik, kebumikanlah aku sekali dalam kubur ni," katanya serius. Terkejut juga saya dengan kata-kata Pak Anjang Aki itu.
Untuk memastikan kebenaran kata-katanya, saya turun ke dalam kubur berkenaan. Maha Suci Allah, memang benar kata Pak Anjang Aki itu. Kubur tersebut memang wangi. Wanginya itu tak tau nak saya kata macam mana. Sangat harum. Saya tak dapat nak kata bau apa, tapi satu jenis bauan yang amat wangi. Nak kata tanjung ke, cempaka ke, saya tak dapat nak kata bau apa.
Dalam masa sibuk nak uruskan jenazah dan ketika hati saya tertanya-tanya dengan keistimewaan yang Allah berikan kepada jenazah itu, tiba-tiba saya terpandang ada dua lubang pada dinding kubur berkenaan. Bentuknya seperti lubang aircond. Bagi saya yang baru beberapa tahun menguruskan jenazah dan kali pertama menyaksikan kejadian seumpama itu, mulanya saya sangkakan lubang itu biasa saja. Tak ada yang istimewa. Tapi tidak bagi Pak Anjang Aki yang sudah banyak pengalaman.
Menurutnya, lubang itu bukan lubang biasa kerana dari kedua-dua lubang itulah keluarnya bau wangi yang kami sama-sama hidu. Begitulah kehebatan Allah. Bagi saya pengalaman ini cukup menarik. Ia mengingatkan saya bahawa benarlah seperti yang disebutkan di dalam hadis iaitu kubur adalah taman-taman syurga (bagi mereka yang beriman) dan kubur juga adalah lubang-lubang neraka (bagi yang ingkar). Itulah agaknya taman syurga yang bakal dihuni oleh Allahyarham tadi.
Kejadian-kejadian seperti ini semasa kita uruskan, kebumikan, tak perasan sangat tapi apabila sudah lama baru dapat macam satu penjelasan kenapa mayat itu ringan. Pada pendapat saya, salah satunya mungkin sebab Allahyarham itu pesakit mental, jadi apa yang dia buat gugur dari segi syarak. Dan mungkin juga ada orang menganiayanya. Maka memang layaklah dia mendapat keistimewaan seperti itu. Pengalaman tersebut cukup berbeza dengan pengalaman yang saya lalui beberapa tahun selepas itu.
Pengalaman kedua yang ingin saya ceritakan ialah menguruskan satu jenazah seorang tua, umurnya dalam lingkungan 50-an, badannya kurus tapi masya-Allah...jenazahnya cukup berat. Mayat ini kurus macam papan. Seperti pengalaman yang pertama tadi, tidak ada sebarang keanehan berlaku ketika kami memandi dan mengapan jenazahnya. Tapi apabila hendak diangkat dari kereta jenazah ke kubur, berlakulah peristiwa yang cukup mengharukan. Satu lagi petanda Allah tunjukkan kepada kami. Mayat kurus yang kami angkat itu tiba-tiba saja menjadi teramat berat.
Seorang kawan yang sama-sama mengangkat keranda itu bertanya pada saya, "Engkau tak angkat ke keranda ni Haron? Angkatlah sama ... berat sangat ni." Saya pun sangka macam itu. Saya ingat dia yang tak angkat mayat tu. Empat orang angkat, tak kanlah susah sangat nak angkat mayat yang kurus macam papan ni. Perjalanan sejauh beberapa puluh meter menuju ke kubur itu kami rasa cukup menyeksakan. Jenazah itu seolah-olah ditekan dari atas sampaikan bahu saya terasa amat sakit. Sama ada berat mayat atau malaikat yang tekan, wallahuaklam.
Akibat terlalu berat itu, saya terjelepok ke tanah dan seluar saya, di bahagian paha koyak terkena batu. Tapi nasib baiklah saya dapat tahan keranda itu, kalau tidak tentu mayat tersebut jatuh ke tanah. Bukanlah tujuan saya nak mencaci Allahyarham, tapi sekadar nak mengingatkan kita yang masih hidup ini. Bagi saya, mayat tadi adalah petunjuk daripada Allah tentang hukuman bagi orang yang ingkar kepada-Nya. Pada zahir, memang jenazah itu layak menjadi berat. Semoga kesalahan Allahyarham diampunkan Allah.
Untuk pengetahuan pembaca, daripada laporan yang kami terima, Allahyarham ini matinya di tempat pelacuran. Nauzubillah. Teman-temannya pun pelacur. Sama ada dia meninggal dunia ketika sedang melanggan pelacur atau tidak, wallahuaklam. Yang laporkan dia meninggal di situ pun adalah orang yang berada di kawasan pelacuran itu juga. Jadi tidak hairanlah kalau Allah hukum dia seperti itu.
Selepas kejadian tersebut saya simpan seluar itu. Isteri saya pun hairan tengok saya simpan seluar koyak. Tapi saya beritahu dia, seluar koyak itu amat bermakna dalam hidup saya. Ia memberikan banyak iktibar. Ada pengalaman yang cukup menginsafkan pada seluar koyak itu. Tapi sekarang seluar itu sudah tidak ada lagi. Ke mana perginya saya pun tak tahu. Dua pengalaman tersebut amat memberi kesan dalam hidup saya.
Macam itulah kehidupan kita di dunia ini. Ada orang hidupnya beriman tapi matinya pula dalam keadaan tak beriman. Ada pula orang yang hidupnya kafir tapi matinya Islam. Ada orang hidupnya Islam tapi matinya kafir. Ada pula orang masa tengah nazak dia bertaubat dan Allah ampunkan. Begitulah seterusnya. Semoga kita mati dalam husnul khaimah dan kubur kita kelak Allah jadikan sebagai taman syurga.

Posting Komentar untuk "Kisah pelik mayat gemuk dan mayat kurus"